1.6 Peranan Guru dalam Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

 

Guru mempunyai peranan penting sebagai seorang yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik dalam mendidik anak bangsa. Peranan guru dalam pengurusan kurikulum bilik darjah ini merangkumi lima (5) aspek iaitu terdiri daripada aspek ketuhanan, pengajaran, profesional, penyelidikan dan perundingan.



KETUHANAN

💦 Menganjurkan peningkatan ilmu penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

💦 Membetulkan niat sebagai guru yang ikhlas dan jujur dalam menjalankan amanah dan bertanggungjawab.

💦 Menyampaikan ilmu yang benar kepada murid.

💦 Mensepadukan ilmu kepada ketuhanan.

PENGAJARAN

👉 Mentransformasikan FPK dan kurikulum kebangsaan kepada amalan PdP berpandukan DSKP.

👉 Dilaksanakan secara tersurat, tersirat, menyeluruh dan bersepadu.

👉 Mempunyai perancangan yang sistemarik merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas PdP.

👉 Mempamerkan diri sebagai sumber pembelajaran menerusi teladan.

PROFESIONAL

💥 Sentiasa peka terhadap perubahan dan perkembangan dasar pendidikan.

💥 Meningkatkan kecekapan ikhtisas menerusi pembacaan, seminar, bengkel dan latihan profesional.

💥 Berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi dalam PdP seiring dengan perubahan zaman.

💥 Menjalikan kolaboratif dengan individu, agensi dan pertubuhan berkaitan akademik dan ikhtisas.

PENYELIDIKAN

💨 Membantu meningkatkan kualiti pengajaran yang berkesan.

💨 Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah murid dan masalah pengurusan kurikulum bilik darjah.

💨 Refleksi amalan dan mengambil tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan PdP.

💨 Kolaboratif bersama rakan sejawat atau bersama dengan bantuan seorang pakar dikenali penyelidikan tindakan.

PERUNDINGAN

💧 Membuat pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan yang tepat dalam berkaitan kurikulum bilik darjah.

💧 Penting untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid dan rakan sejawat ke arah mencapai matlamat pendidikan.

💧 Untuk mendapatkan impak serta produktiviti yang kompetatif.


Kesimpulannya, semua guru perlu sedar bahawa peranan guru tidak terhad kepada aspek pengajaran sahaja, malah ianya juga melibatkan aspek-aspek lain iaitu ketuhanan, profesional, penyelidikan dan perundingan. Tanggungjawab menjadi seorang guru sangat besar dan perlu dijalankan dengan sehabis baik bagi memastikan matlamat pendidikan negara dapat dicapai.

Ulasan