1.5 Aplikasi Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

 

Aplikasi pengurusan kurikulum bilik darjah terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu tahap perancangan, tahap pelaksanaan dan tahap penilaian.





Tahap 1 : Perancangan



Pada tahap pertama ini iaitu perancangan, guru perlu mengetahui dan mengambil tindakan untuk merancang pengajaran agar mencapai matlamat pembelajaran. Antara aspek yang terdapat pada tahap perancangan ini adalah seperti berikut:

Ø  Mentafsir Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ø  Mentafsir kurikulum kebangsaan: KSSR, KSSM.

Ø  Mentafsir dan menganalisis Dokumen Standar Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Ø  Membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

Ø  Membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berpandukan DSKP.

Ø  Memastikan standard pembelajaran sejajar dengan aktiviti PdP dan penilaian yang akan dijalankan.

Ø  Membina dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dan berkesan.

Ø  Membina instrument untuk menilai tahap pencapaian murid.

Ø  Memilih kaedah dan strategi PdP yang bersesuaian, berkesan dan menarik.




Tahap 2 : Pelaksanaan



Tahap kedua ialah pelaksanaan. Guru melaksanakan operasi PdP dalam bilik darjah mengikut seperti apa yang telah dirancang pada tahap pertama. Pada tahap pelaksanaan ini, guru perlu:

💙Melaksanakan kaedah, strategi dan aktiviti yang berkesan.

ü  💙Interaksi antara guru, murid dan bahan memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat dapat disampaikan dengan berjaya kepada murid.

ü  💙Guru perlu memastikan murid telah bersedia terlebih dahulu untuk menerima maklumat baru.

ü  💙Guru memberi fokus kepada set induksi yang dapat menarik minat dan fokus murid serta mempunyai perkaitan dengan topik pembelajaran.

ü  💙Mempunyai tahap perkembangan iaitu proses penyampaian isi pembelajaran dilakukan secara sistematik dan teratur serta mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

ü  💙Melakukan sesi soal jawab (penyoalan) untuk mewujudkan interaksi antara guru dan murid dan menjadikan murid aktif di samping membina keyakinan diri.

ü  💙Guru mengendalikan kaedah dan teknik penghantaran mesej yang berkesan dan teknik yang digunakan haruslah sesuai digunakan.

ü  💙Peruntukan masa yang dirancang oleh guru di dalam RPH perlu bersifat mudah ubah dan disesuaikan mengikut kemahiran yang hendak ditekankan.


Tahap 3 : Penilaian



Tahap 3 ialah tahap penilaian iaitu guru melaksanakan penilaian untuk melihat sejauh manakah standard pembelajaran telah tercapai. Penilaian yang sempurna adalah dengan melihat kepada perkara-perkara berikut:

v  Memastikan perkara yang hendak diuji mempunyai hubungan dengan perkara yang telah diajar oleh guru.

v  Memastikan kegiatan menilai itu mengukur keseluruhan aktiviti pembelajaran.

v  Memastikan penilaian itu menilai kefahaman murid menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari.

v  Penilaian boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk sama ada sumatif atau formatif.

v  Menetapkan kriteria yang hendak dinilai.


Secara kesimpulannya, ketiga-tiga tahap ini perlu dilibatkan dalam pengurusan bilik darjah iaitu bermula dengan tahap perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Kegagalan dalam perancangan akan mengakibatkan kegagalan dalam pelaksanaan dan penilaian juga. Oleh itu, guru perlu bijak merancang dalam mengurus kurikulum bilik darjah dengan baik.

Ulasan