Berdasarkan konsep dan pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah di atas, apa yang dapat disimpulkan adalah ia berkenaan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan kurikulum yang ditetapkan. Pengurusan kurikulum bilik darjah merangkumi aspek-aspek merancang, melaksana dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. bermula dengan memahami konsep kurikulum dan kurikulum kebangsaan yang merupakan perkara asas iaitu satu perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah atau institusi pendidikan dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan sepertimana yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Akta Pendidikan 1996 yang menjelaskan isi kandungannya merangkumi pelbagai pelbagai aspek kehidupan termasuk kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Seterusnya kurikulum peringkat sekolah akan dilaksanakan dalam usaha untuk mendisiplinkan cara individu berfikir dan bertindak mengikut kewajaran. Kemudian berdasarkan panduan kurikulum yang ditetapkan di peringkat pusat, guru akan membuat pelaksanaan kurikulum bilik darjah yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan, mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai objektif yang ditentukan dengan suasana pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang sesuai juga merupakan elemen yang penting dalam proses PnP kerana bilik darjah merupakan tempat di mana guru dan sekolah dapat mencipta dan mengekalkan tingkah laku pelajar yang sesuai.
Tujuan pelaksanaan strategi pengurusan bilik darjah adalah untuk meningkatkan tingkah laku prososial dan meningkatkan penglibatan akademik pelajar. Rumusannya setiap istilah yang digunakan dalam konsep dalam pengurusan kurikulum bilik darjah saling berkait rapat antara satu sama lain. Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemejadian murid, pengurus atau guru perlu perlu mempunyai kualiti yang diperlukan iaitu penguasaan dari segi ketuhanan, pengajaran, profesional, perundingan dan penyelidikan.
Ulasan
Catat Ulasan